Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru terletak di Petra Jaya, Sarawak. Bangunan ini terletak di tebing Sungai Sarawak. Bangunan sembilan tingkat ini berharga RM300 juta dengan bumbung berbentuk "terendak" . Di dalamnya terdapat dewan konvensyen dan dewan jamuan, yang masing-masing boleh memuatkan 5,000 orang dan 800 orang . Seni bina serta reka bentuk dalaman hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.
Luasnya 760 meter persegi dengan ketinggian 27.7 meter dan garis pusat 30.9 meter serta dikelilingi kawasan hijau seluas 50 hektar, termasuk taman orkid.
Ia dibina di atas bukit berhampiran Sungai Sarawak dengan panorama Astana Sarawak di sebelah kiri dan Kota Margherita di sebelah kanannya.
Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar menyatakan majlis perasmian oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 Julai 2009 . Perasmian ini merupakan satu sejarah kerana ia merupakan bangunan DUN pertama di negara ini yang dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong dan dihadiri kesemua 11 Sultan dan Ketua Negeri atau wakil masing-masing. Acara pertunjukan bunga api dan regatta serta perarakan bot berhias diadakan di Sungai Sarawak.
Mesyuarat Persidangan Majlis Raja-Raja ke-218 pada 28 Julai 2009 diadakan di tingkat lapan, di mana 71 wakil rakyat dijadualkan bersidang November 2009.
Acara perarakan kapal berhias diadakan di Tebingan Sungai Sarawak.Sebanyak 21 kapal berhias dari pelbagai jabatan, agensi dan badan berkanun kerajaan negeri Sarawak mengambil bahagian . Diikuti pertunjukan bunga api selama 15 minit.
Turut hadir ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin , Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Sultan Selangor dan Sultan Sharafuddin Idris Shah. Lebih 10,000 penduduk tempatan dan pelancong dalam dan luar negara turut menyaksikan acara itu.


Comments

Popular Posts